ZanaDaus.blogspot.com

ZanaDaus.blogspot.com

Sunday, February 20, 2011

PENGALAMAN BERSALIN MUHAMMAD ZAKWAN BIN FIRDAUS

Benarlah kata orang, pengalaman bersalin setiap orang berbeza-beza, begitu juga dengan pengalaman pertama yang saya lalui ini. Detik-detik kelahiran putera sulung saya, semua pengalaman dan apa yang saya rasa dan lalui dicatat kemas untuk simpanan dan kenangan di kemudian hari.

Bergelar ibu pada usia muda, iaitu 23 tahun memberi saya satu pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan sampai bila-bila. Merasakan ada satu nyawa lain di dalam rahim ini membuatkan saya kagum dengan kuasa yang maha ESA. Alhamdulillah di atas kurniaan ini, saya rasa sempurna hidup saya sebagai seorang WANITA. Umi, bonda, emak, mummy, ibu….apapun gelarannya membawa makna yang sama bagi setiap orang dan sesungguhnya nikmat bergelar ibu merupakan anugerah yang tak ternilai harganya pada saya.

Selepas 5 bulan berkahwin, Saya disahkan hamil pada 24 Ogos 2009 ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa. Saat itu period saya takde hamper 2 bulan dan saya dapat rasakan ada yang tidak kena terutama sekali di bahagian perut, kembang semacam. Dalam pukul 6.00am setelah saya bersiap untuk ke tempat kerja, saya buat pregnancy test. Tetapi saya kurang yakin dengan keputusan itu, Saya kejutkan suami untuk memberitahu tentang perkara itu. Saya maklumkan kepada suami, yang saya tidak berapa yakin dan tunjukkan result pregnancy test. Suami pun tertanya-tanya, sebab line pada test tu x perapa jelas. Kemudian saya rujuk pada ibu mertua dan ibu mertua beritahu mungkin saya mengandung. Di saat itu, terpancar sedikit senyuman di wajah suami. Untuk mendapat kepastian yang sahih, dua hari kemudian saya ke klinik berjumpa doctor . Ternyata ianya positif. Kandungan saya sudah menjangkau 1 ½ bulan. Alhamdulillah. Terpancar kegembiraan yang amat sangat pada wajah suami. Then he give big hug and kiss me..Ohh indahnya saat ini…Hehe…

Sepangan tempoh mengandung, saya mengalami alahan yang agak teruk. Memang lembik dibuatnya ditambah pula dengan bulan puasa. Disebabkan alahan yang teruk, 5 hari saya tinggal puasa atas nasihat doctor kerana boleh membahayakan janin. Setiap apa yang saya makan pasti muntah sehingga tekanan darah saya menjadi rendah. Alhamdulillah usia kandungan memcecah 5 bulan alah saya semakin berkurangan. Saya amat bersyukur mendapat suami yang penyayang dan sabar melayan kerenah saya sepanjang mengandung. Thanks dear…

Pada usia kandungan saya mencecah 2 ½ bulan saya telah dijangkiti deman campak. Saya berasa amat risau akan kandungan saya, kerana doctor ade memberitahu risiko kepada baby selepas dilahirkan. Mendengar kata-kata doctor dan pengalaman dari seorang rakan saya berasa amat takut dengan risiko itu. Dengan nasihat doctor juga saya perlu kuatkan semangat. Selepas mendapat keputusan yang saya benar-benar menghidap demam campak, saya dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan secara kerap iaitu sebulan sekali saya diwajibkan hadir ke hospital untuk pemantauan. Bermula dari usia kandungan saya mencecah 5 bulan sehingga saya bersalin saya wajib check up di hospital dan klinik. Bayangkan lah sebulan 2-3 kali saya perlu berulang ke hospital dan klinik. Tetapi untuk menjamin keselamatan bayi saya ini, saya turutkan jua. Suami lah peneman setia saya.

Sampai lah pada suatu tarikh itu, 17.04.2010, hari terakhir saya perlu cheak up. 
Kalau ikut EDD saya dijangka bersalin pada 17 April 2010, dalam hati cuak juga sehingga 17 April tiada tanda-tanda untuk bersalin. Emak saya pernah memberitahu selalunya bersalin1 atau 2 minggu awal dari tarikh jangkaan. saya jangkakan mungkin doctor akan bagi lagi tarikh untuk appointment, tapi ternyata salah, doctor sahkan, air ketuban saya dah semakin kurang, dan saya di tahan wad keesokan harinya. Terfikir-fikir dikepala kenapa saya x sedar bila masa air ketuban tu dh kuar.. pelik. Keesokan harinya suami daftar masuk saya ke Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Dalam hati meronta-ronta tak mau masuk wad lagi, Tanpa suami di sisi. Sedih yang teramat sangat bila suami pergi meninggalkan saya berdikari di wad. Pertama kali dalam sejarah saya bermalam di hospital, tetapi sempat pesan kepada suami supaya stand by, in case kalau apa-apa berlaku I will call him immediately.

Malam 17.04.2010 tu doctor cheak pembukaan rahim dan tiada lagi tanda2 untuk bersalin. Dan doctor masukkan 1 dos ubat untuk proses pembukaan rahim. Jangkaan doctor saya akan bersalin awal pagi esok . Sampai keesokan hari pun saya masih tiada tanda-tanda untuk bersalin. Petang  18.04.2010 doktor cheak lg, dan terpaksa masukkan ubat kali yg kedua sebab air ketuban aku dh makin kurang. Masuk ubat kali ni baru terasa sakitnye. Start pukul 10.00pm saya dah x senang duduk, tidur apatah lagi. Sakit hanya tuhan yang tahu. Pukul 12.00pm doc cheak bukaan  saya, sudah bukak 2cm, masih jauh lagi nak tunggu 10cm, saya dah tak tahan kesakitan. Telefon suami pun tak leh nak bercakap sebab menahan sakit yang teramat sangat. Just saya inform pada suami, stanbay jangan tido mati,  Saya tak tau malam tu dia tidor ke tak. Lender campur darah yang berterusan dan saya terpaksa pakai pad. Malam itu, saya rasa malam yang getir dalam hidup, langsung tak dapat melelapkan mata. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya kontraksi. Saya sempat message suami minta tolong doakan dan bacakan yasin agar semuanya dipermudahkan sambil saya sentiasa membaca doa nabi yunus dan beristifar

Keesokan pagi 19.04.2010 dalam pukul 6.00am doctor cheak lagi rahim, still 2cm bukak, kontraksi makin kerap. Pukul 9.ooam dok cheak lagi dan sudah bukak 3cm. saya dah x tahan sangat. Memandangkan kontraksi semakin kerap dan kerap, pukul 11.00am saya ditolak ke labor room. Sempat saya mesej suami suruh die datang hospital segera. Saya beritahu yang saya dah nak kene tolak. Saya tak tau macam mana suami saya bawak motor, elok saya nak masuk labor room saya dah nampak suami setia menunggu di luar wad dengan wajah yang agak risau..
Saya terus dimasukkan ke labour room. Doctor letak alat dekat perut saya untuk check heart beat baby dan masukkan drip air untuk cepatkan proses bersalin. Setiap masa nurse check blood pressure saya. Dalam pukul 11.30am doctor datang check dan bukaan still 3cm. Dalam hati tidak putus-putus saya berdoa agar Allah permudahkan segalanya. Saat ini saya hampir berputus asa dan hilang tenaga. Doktor cheak degupan jantung baby dah semakin menurun. Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Saya benar-benar hilang tenaga. Salah seorang doc lelaki memberitahu agar pembedahan terpaksa dilakukan kerana kadar denyutan jantung baby yang semakin menurun dan bukaan terlalu perlahan. Suami saya dipanggil dan kebetulan ada seorang doctor cina lelaki datang untuk check saya. Perkataan yang menyentuh perasaan saya ketika itu adalah semasa Doc Cina lelaki itu member semangat pada saya dan berkata “ Shazana u Kena kuat, Kesian dekat anak u ni,” Saat inilah air mata saya mengalir, suami saya tak putus-putus minta saya bersabar dan cuba menenangkan saya sambil berdoa. Hubby saya berkata sesuatu kepada doc dan saya dengar doc kata saya akan di operate.

ketika inilah heart beat baby sudah drop. Baby stress nak keluar tapi bukaan masih tak cukup.Tiada pilihan saya terpaksa emergency ceasear. Suami saya dipanggil sekali lagi sebelum saya dibawa ke operation room. Doc menerangkan serba sedikit procedure ceaser dan saya diminta menandatangani borang yang bersetuju untuk di ceaser. suami saya memberi semangat sambil berkata ‘Ayang sabar, abang doakan ayg selamat’. Sedih hati saya ketika itu. Saya cium tangan suami, dan suami kucup ubun-ubun saya dan berkata lagi “ abg dah ampunkan segala dosa ayg”…..

Tepat pukul 12.35pm lahirlah putera sulung saya yang diberi nama Muhammad Zakwan Bin Firdaus setelah lebih kurang 16 jam saya menahan sakit. Seberat 3.98kg, agak besar. Mmg benar cakap doc baby saya besar dan salah satu sbb baby susah kuar adalah saiznya. Pertama kali menatap wajah Zakwan, sayu rasa hati. Tentunya kelahiran ini adalah hadiah hari ibu paling bermakna buat saya. Hilang segala kesakitan bila dapat tatap wajah baby walaupun seketika. Nurse sempat beri saya kiss pipi sebelum Zakwan terpaksa diletakkan di wad NICU. sehingga hari ke 17 berpantang saya masih terasa sakit. dan hampir seminggu saya dan baby ditahan diwad.

Keesokan harinya, baru saya berkesempatan melawat baby di NICU. Terus saya cuba menyusukan baby. Tidak semudah yang disangkakan untuk bagi baby direct feeding. Alhamdulillah nurse dekat sana semua baik2 dan mengajar saya cara yang betul penyusuan baby. Pukul 7.30pm saya terpaksa balik ke ward kerana waktu melawat telah tamat. Ketika inilah baby saya menangis seolah-olah tak bagi ibu dengan ayah balik. Dan saat ini, air mata mengalir tatkala mengenangkan keadaan baby yang ibu tak sempat nak dakap dia sepuas-puasnya. Benarlah kata orang, bila kita ada anak perasaan ibu pasti wujud.

Last but not least, thanks to my family, friends, sahabat handai yang datang visit saya di hospital dan rumah. Alhamdulillah benda yang saya debar-debarkan selama ini telah pun berjaya saya tempuhi. Kepada ibu-ibu di luar sana yang pertama kali menempuhi detik pertama bersalin memang wajar anda rasa berdebar-debar tetapi percayalah apabila kandungan kita makin membesar semangat itu akan datang sendiri. Takde best advice yang boleh dishare melainkan tempuhinya saja dengan tenang di samping banyak2 berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Nama : Muhammad Zakwan Bin Firdaus
Makna : Yang Bijak & Yang Harum
Berat : 3.98kg
Lahir : HKL
Masa : 12.35 tghari

Wednesday, March 18, 2009

Pernikahan 13.03.2009

Setelah lebih kurang 2 tahun mengikat tali pertunangan aku dan dia, dan berbagai cabaran datang menduga pertunangan kami, kini tiba la saat yang paling getir yang akan aku tempuhi. akan bermula la tanggungjawab aku sebagai seorang isteri kepada Firdaus. Alhamdulillah, tercapai juga impian kami untuk bersatu sebagai suami isteri.

Akad nikah akan berjalan seperti yang ditetapkan di mana ianya akan berlangsung di Masjid Batu 5, Jalan ipoh. aku ditemani oleh ibu bapa, adik beradik dan saudara mara terdekat untuk di nikahkan. Kami sampai ke masjid agak lewat, ujan lak time tu.. majlis aku ni asyik ujan je.. bertunang ari tu pun ujan gak. ish2.. ade hikmah ar tu.. ecehceh.. sampai je masjid tengok keluarga sebelah lelaki dh sedia menunggu. masa tu ar hanya allah yang tahu perasaan aku.. dari jauh sempat lagi jeling bakal suami.. hehhehe... dalam ati.. betol ke aku nak nikah ngn die ni.. hahha.. dia dah tercogok dh depan kadi.. mesti die berdebar giler kan.. hahhaha padan muke.. hehhehe.. tp aku sempat memberikan seukir senyuman yang manis buat bakal suami ku itu.. mengharapkan agar die dengan tenang menjawap setiap butir pertanyaan oleh kadi.

Tiba la masa untuk akad. uhh gerun aku di buatnye... dari sejuk terus jadi panas muke aku ni.. macam ni rupenye pengalaman bernikah. Tapi allhamdulillah dengan sekali lafaz, sah la aku menjadi isteri kepada FIRDAUS BIN MOHD SUBRI. Hilang seksa aku yang ini. Tunggu majlis persandingan pulak dah.. ishh..
Ini la gambar2 aku semasa nikah. korang tengok ar.. agak berisi kan.. hahah senang hati ar katekan.




Persandingan 14.03.2009 & 15.03.2009

Melangkah ke hari seterusnya iaitu nak mengadap majlis persandingan lak.. aduyaiii.. cam ne la aku nak mengadap semua org ni.. cuak gile aku time ni. tp nak wat cam ne.. kene tempuh gak. rombongan pihak lelaki datang lebih kurang pukul 2 lebih cam tu. aku berdebar menunggu suami tercinta datang.. bayangkan lah cuak punya pasal sampai orang di sekeliling aku pun aku x nampak. btol tah jadi cam ne tak tau. rasa gelap semacam. betul2 buat aku rasa cam aku sorg je berdiri kat situ.

Bermula la pulak babak2 yang agak kelakar bagi aku. boleh aku ngn suami tersalah tempat duduk. ai buat malu aku kene tukar balik time ramai2 tu.. adoi.. mera padam aku d buat nye. yg pengapit pon x tau ape. aku lg ar. sampai2 teruk je duduk kat pelamin tu. tempat laki aku aku p duduk.. pengalaman.. pengalaman.
nasib baik pas abis je majlis br ujan nak turun. asyik ujan je majlis aku ni.. rahmat tu yang allah nak turun kan. hahaha..  tgk ar gambar2 yang sempat aku up load.


ketibaan suami tercinta..  Suami de dlm kete tu..




ni ar ms tersalah tempat duduk tu.. heheheh




haaa... ni dh betol balik dah... wat hal betol...



Tuesday, March 17, 2009

ALAM PERCINTAAN

Aku mengenali suami aku dulu hanya sebagai kawan sekolah dan tak pernah mempunyai perasaan yang lain. tapi tak tau la die dlu cam ne kan.. huhuh.. Dulu aku ni kire pelajar yang agak pemalu dan tak banyak bercakap pun di dalam kelas. kalo korang sume nak tau aku ni leh dikate kan famous gk ar sekejap ms sekolah dulu.. hehhehe.. Dulu masa sekolah pon jarang sangat ar nak bersembang dengan si firdaus ni (suami aku la tu) kami tegor2 cam tu je ar.. aku x de sikit pun perasaan kat die sebenarnye dulu.. yang boleh tegor pun sebab die ni kat sekolah sama persatuan ngn aku.. Kadet Remaja Sekolah.. hahha.. sebab tu je ar leh tegur2 pun.. Dari pengakuan suami aku sendiri, masa sekolah dlu die ni dah lama usha aku sebenarnye.. hehhe.. aku x perasan langsung pun. patut ar masa sekolah dlu die selalu masuk kelas aku.. kebetulan kawan rapat die Ramlan dok kelas ngn aku, saja ar sebenarnye kan? sambil menyelam minum air ye.. tapi masa tu aku x penah tau pun die ni syok kat aku, ye ar ms tu aku sedang bercinta monyet.. hahaha. banyak gak ar die ni tau kisah-kisah aku ms sekolah dulu.. sibuk je.. heheh

Tamat form 5, aku solo.. hahaha... aku bebas.. aku sj nak merasa bekerja, cari duit sendiri, nak dijadikan cerita tiap kali aku balik kerja mesti aku nak call die. x tau mn dtgnye kekuatan itu.. hahha.. tapi just fren ms tu.. sj bual-bual kosong. dan sejak tu aku dh semakin rapat ngn die.. kalo aku de masalah aku citer kat die. tp belum ketahap couple lg ms tuh.  boleh dikatakan tiap kali balik keje mst nak sembang ngn die. pastu aku dah lost contact ngn die, agk lama aku x sembg ngn die. aku sambung belajar kat IPB masa tu.. agak lama aku menyepikan diri dr die, sampai ar satu hari tu aku teringat nak kol die.. dan kami pon bersembang seperti dulu-dulu. x de yang special pun ms tu.. tp hati dah mula terasa sesuatu,,  tapi wat do no je.. agak lama gk kami berkawan.. duka mu menjadi duka ku, gembira mu menjadi gembira ku.. kahkakah.. lawak...
Kuasa tuhan, bila dah agak rapat tu mula ar timbul macam2 perasaan. ade je yg x kene. aku cool je.. tp die ar cam cacing kepanasan. ade je nak cr salah aku.. (mintk maap ye syg, kutuk2 syg) heheh.. padahal aku pon cm die gak. hahaha.. tp ego menguasi diri.. cool2..

Sampai ar suatu ketika tu.. bertarikh 1 Nov 2005, haa ni ar tarikh suami aku cakap yg die suke aku dan nak serious dgn aku.. hahah.. kelakar giler.. cam x percaya weh.. malu tapi mau.. kini...HATI KU TELAH DIMILIKI.

Ni gamba masa muda2 dlu.. jalan2 kat genting
11.12.2005
masa ni dua2 kurus lg..heheh


Saturday, October 20, 2007

Bertunang Sudah

2 tahun bercinta, macam-macam dugaan datang melanda. kekuatan yang menjadi benteng ketahanan cinta kami. Allamdulillah pada 20 Oct 2007 berlangsung la majlis pertunangan kami. berlangsung di teratak aku, tempat tumpahnye darah ku iaitu Kg Benteng Segambut.. Kedatangan keluarga sebelah lelaki membuatkan aku rasa berdebar2 saat tu.. aku ingat lagi, masa tu hujan turun dengan lebatnye.. betapa cuaknye aku.. tapi alhamdulillah semuanye berjalan dengan lancar. hantaran kami 7 berbalas 9. tapi hantaran aku bg pada die dh terlebih, mana x nye sedara mara sume bagi. dari 9 dah jadi 15.. banyak x banyak ar bg kat die aje. last2 die bagi ngam2 7, hehhehe.. x pe ar. tgk ar gambar pertunangan ku tp x banyak di scan sbb scanner wat hal lak.. mn yg ade je ar ek..


Juru make up : Eci, my kazen
Gambar bawah : ni lah bakal mak mertua.